PUSAT SUMBER SK BATANG MELAKA
77500 Selandar,Melaka. Tel/Fax : 06-4461570 e-mail : mba1006@ppdjasin.edu.my
Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan Anjuran Bersama Pusat Sumber dan Utusan Malaysia
Pada 18 Ogos 2010 bersamaan hari Rabu, Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Akhbar Utusan Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Mewarna bersempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Ianya bertujuan untuk memenuhi salah satu pengisian program sepanjang bulan Kemerdekaan ini serta untuk meningkatkan lagi semangat patriotisma dikalangan murid-murid dari Prasekolah, Pendidikan Khas, Tahap 1 dan Tahap 2 melalui peraduan mewarna. Selain itu, objektif program ini juga adalah untuk melahirkan murid-murid yang benar-benar memahami apa itu semangat patriotik selain untuk meningkatkan minat dan menzahirkan teknik mewarna dengan cara atau teknik yang betul di atas gambar yang telah disediakan. Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga 11.00 pagi dimana pertandingan mewarna dijalankan dalam tempoh 1 jam 45 minit untuk semua peserta dengan gambar yang berbeza mengikut tahap. Pemenang juga telah dikategorikan kepada 3 tahap iaitu tempat pertama hingga ketiga bagi kategori Prasekolah dan Pendidikan Khas, tempat pertama hingga ketujuh masing-masing bagi kategori tahap 1 dan tahap 2 serta setiap pemenang membawa pulang hamper dan juga sijil penyertaan. Bersempena program ini juga, semua guru dan murid-murid telah dibekalkan dengan akhbar Utusan hari tersebut serta Majalah Kawan sebagai saguhati oleh pihak Utusan.
Terima kasih kepada akhbar Utusan Malaysia yang telah sudi menganjurkan pertandingan mewarna pada tahun ini….
Murid-murid sedang mewarna gambar |
Tahniah kepada semua pemenang. |
Program Membaca Sepanjang Hayat Bersama Majalah Kuntum
Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan Program Membaca Sepanjang Hayat sempena bulan membaca peringkat sekolah pada 27 Julai 2010 bersamaan hari Selasa yang lepas. Program ini telah dihadiri oleh beberapa staf dari majalah KUNTUM yang diundang dan turut mempromosikan majalah tersebut kepada semua murid. Objektif program adalah untuk memberikan input kepada murid dan guru, menambahkan ilmu pengetahuan, memupuk minat membaca dikalangan murid selain untuk menjadikan membaca sebagai satu tabiat bersesuaian dengan tema “ MEMBACA SEPANJANG HAYAT ”. Sepanjang program, murid-murid telah diberikan majalah Kuntum secara percuma dan telah didedahkan dengan kelebihan dan kebaikan yang terdapat dalam majalah Kuntum selain menjawab beberapa kuiz mudah yang menarik minat murid. Diakhir program, murid-murid dan guru diberi peluang untuk bergambar bersama maskot majalah Kuntum iaitu 'Si Pintar' yang turut hadir bagi memeriahkan lagi program ini.
GURU OH GURU...
JIKA HARI INI SEORANG PERDANA MENTERI BERKUASA,
JIKA HARI INI SEORANG RAJA MENAIKI TAKHTA,
JIKA HARI INI SEORANG PRESIDEN SEBUAH NEGARA,
JIKA HARI INI SEORANG ULAMA MULIA,
JIKA HARI INI SEORANG PEGUAM YANG MENANG BICARA,
JIKA HARI INI SEORANG PENULIS TERKEMUKA,
JIKA HARI INI SIAPA SAJA MENJADI DEWASA,
SEJARAHNYA...DIMULAKAN OLEH SEORANG GURU BIASA,
DENGAN LEMBUT SABARNYA..MENGAJAR TULIS-BACA.
PETIKAN SAJAK OLEH DATUK USMAN AWANG
SELAMAT HARI GURU 2010
Dari Meja Guru Besar...
TN.HJ.MINHAT B. AZAM -BKT, PJK, PBM
Guru Besar
Assalamualaikum wbt. Saya harap blog ini dapat menjadi wadah kepada semua warga SK Batang Melaka. Dari sini dapat merakamkan segala peristiwa hari ini agar dapat mencipata sejarah kecemerlangan diri untuk hari esok. Apa yang berlaku hari ini akan menjadi sejarah bagi kita pada hari esok. Semoga segala kejayaan dan pencapaian kita dalam sahsiah,akademik,kerohanian dan ko-kurikulum dapat melahirkan warga negara Malaysia yang patuh pada ajaran agamanya dan taat setia kepada negara tercinta ini. Untuk para guru diharapkan dapat menjadi seorang pendidik yang “caring” terhadap anak-anak didiknya. Kenal semua pelajar yang diajar bukan setakat nama mereka malahan kenal siapa ibu dan bapa mereka. Tahu di mana tempat tinggalnya dan dapat menerimanya seolah-olah seperti mendidik “anak sendiri”. Kejayaan seorang guru bukan terletak kepada keputusan peperiksaan sahaja.Kita akan berjumpa mereka satu hari nanti. Semoga mereka telah berjaya dalam kehidupannya."Biar kita pendidik kaya dengan doa-doa anak didik kita sepanjang masa”. Bukan kaya harta benda dunia. Mudah-mudahan sihatnya kita hari ini adalah dek kerana doa-doa bekas anak-anak didik. Kita pernah menjadi murid satu ketika dulu dan kita juga ada guru-guru yang kita sayangi.Jadilah seperti guru-guru kita dahulu yang kita sayangi agar kehangatan menjadi guru sentiasa terbakar dan membara dalam diri kita. Seuntai kata menyimpul bicara, sakali lagi saya ingin menyeru kepada diri saya dan rakan-rakan guru semua agar jadikanlah hari ini lebih baik daripada hari semalam.
Sekian,wassalamualaikum wbt.
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2010
Unit Kurikulum S.K.Batang Melaka telah mengadakan Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah . Ia telah djalankan pada 01 Mac 2010 yang lalu. Majlis ini dilangsungkan semasa perhimpunan mingguan sekolah.
Menurut Guru Perpustakaan dan Media sekolah, Puan Hilmiza Mansor, “ Program ini bertujuan untuk meningkatkan minat membaca. Khasnya dikalangan murid sekolah ini. Kita juga berusaha mengenalpasti serta melahirkan tokoh di kalangan murid yang banyak membaca, berketrampilan dan mempunyai sifat kepimpinan.” Program ini juga mampu untuk menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti dan menjadikan amalan membaca sebagai sebahagian gaya hidup.
Sesuai dengan makna NILAM itu sendiri iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca, menjadikan matlamat program sebagai amalan atau gaya membaca sebagai budaya hidup sepanjang masa. “Dengan membaca seseorang itu pasti akan menempa kejayaan dalam semua bidang” kata Tn Hj Minhat bin Azam, Guru Besar. Beliau juga perasmi dan turut menyampai fail data Nilam kepada semua guru kelas yang terlibat.
Menurut Guru Perpustakaan dan Media sekolah, Puan Hilmiza Mansor, “ Program ini bertujuan untuk meningkatkan minat membaca. Khasnya dikalangan murid sekolah ini. Kita juga berusaha mengenalpasti serta melahirkan tokoh di kalangan murid yang banyak membaca, berketrampilan dan mempunyai sifat kepimpinan.” Program ini juga mampu untuk menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti dan menjadikan amalan membaca sebagai sebahagian gaya hidup.
Sesuai dengan makna NILAM itu sendiri iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca, menjadikan matlamat program sebagai amalan atau gaya membaca sebagai budaya hidup sepanjang masa. “Dengan membaca seseorang itu pasti akan menempa kejayaan dalam semua bidang” kata Tn Hj Minhat bin Azam, Guru Besar. Beliau juga perasmi dan turut menyampai fail data Nilam kepada semua guru kelas yang terlibat.
Subscribe to:
Posts (Atom)