SELAMAT DATANG KE WEBLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG MELAKA.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2010

Unit Kurikulum S.K.Batang Melaka telah mengadakan Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah . Ia telah djalankan pada 01 Mac 2010 yang lalu. Majlis ini dilangsungkan semasa perhimpunan mingguan sekolah.
Menurut Guru Perpustakaan dan Media sekolah, Puan Hilmiza Mansor, “ Program ini bertujuan untuk meningkatkan minat membaca. Khasnya dikalangan murid sekolah ini. Kita juga berusaha mengenalpasti serta melahirkan tokoh di kalangan murid yang banyak membaca, berketrampilan dan mempunyai sifat kepimpinan.” Program ini juga mampu untuk menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti dan menjadikan amalan membaca sebagai sebahagian gaya hidup.
Sesuai dengan makna NILAM itu sendiri iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca, menjadikan matlamat program sebagai amalan atau gaya membaca sebagai budaya hidup sepanjang masa. “Dengan membaca seseorang itu pasti akan menempa kejayaan dalam semua bidang” kata Tn Hj Minhat bin Azam, Guru Besar. Beliau juga perasmi dan turut menyampai fail data Nilam kepada semua guru kelas yang terlibat.