Pada 18 Ogos 2010 bersamaan hari Rabu, Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Akhbar Utusan Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Mewarna bersempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Ianya bertujuan untuk memenuhi salah satu pengisian program sepanjang bulan Kemerdekaan ini serta untuk meningkatkan lagi semangat patriotisma dikalangan murid-murid dari Prasekolah, Pendidikan Khas, Tahap 1 dan Tahap 2 melalui peraduan mewarna. Selain itu, objektif program ini juga adalah untuk melahirkan murid-murid yang benar-benar memahami apa itu semangat patriotik selain untuk meningkatkan minat dan menzahirkan teknik mewarna dengan cara atau teknik yang betul di atas gambar yang telah disediakan. Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga 11.00 pagi dimana pertandingan mewarna dijalankan dalam tempoh 1 jam 45 minit untuk semua peserta dengan gambar yang berbeza mengikut tahap. Pemenang juga telah dikategorikan kepada 3 tahap iaitu tempat pertama hingga ketiga bagi kategori Prasekolah dan Pendidikan Khas, tempat pertama hingga ketujuh masing-masing bagi kategori tahap 1 dan tahap 2 serta setiap pemenang membawa pulang hamper dan juga sijil penyertaan. Bersempena program ini juga, semua guru dan murid-murid telah dibekalkan dengan akhbar Utusan hari tersebut serta Majalah Kawan sebagai saguhati oleh pihak Utusan.
Terima kasih kepada akhbar Utusan Malaysia yang telah sudi menganjurkan pertandingan mewarna pada tahun ini….
|
Murid-murid sedang mewarna gambar |