SELAMAT DATANG KE WEBLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG MELAKA.

Dari Meja Guru Besar...


TN.HJ.MINHAT B. AZAM -BKT, PJK, PBM
Guru Besar

Assalamualaikum wbt. Saya harap blog ini dapat menjadi wadah kepada semua warga SK Batang Melaka. Dari sini dapat merakamkan segala peristiwa hari ini agar dapat mencipata sejarah kecemerlangan diri untuk hari esok. Apa yang berlaku hari ini akan menjadi sejarah bagi kita pada hari esok. Semoga segala kejayaan dan pencapaian kita dalam sahsiah,akademik,kerohanian dan ko-kurikulum dapat melahirkan warga negara Malaysia yang patuh pada ajaran agamanya dan taat setia kepada negara tercinta ini. Untuk para guru diharapkan dapat menjadi seorang pendidik yang “caring” terhadap anak-anak didiknya. Kenal semua pelajar yang diajar bukan setakat nama mereka malahan kenal siapa ibu dan bapa mereka. Tahu di mana tempat tinggalnya dan dapat menerimanya seolah-olah seperti mendidik “anak sendiri”. Kejayaan seorang guru bukan terletak kepada keputusan peperiksaan sahaja.Kita akan berjumpa mereka satu hari nanti. Semoga mereka telah berjaya dalam kehidupannya."Biar kita pendidik kaya dengan doa-doa anak didik kita sepanjang masa”. Bukan kaya harta benda dunia. Mudah-mudahan sihatnya kita hari ini adalah dek kerana doa-doa bekas anak-anak didik. Kita pernah menjadi murid satu ketika dulu dan kita juga ada guru-guru yang kita sayangi.Jadilah seperti guru-guru kita dahulu yang kita sayangi agar kehangatan menjadi guru sentiasa terbakar dan membara dalam diri kita. Seuntai kata menyimpul bicara, sakali lagi saya ingin menyeru kepada diri saya dan rakan-rakan guru semua agar jadikanlah hari ini lebih baik daripada hari semalam.
Sekian,wassalamualaikum wbt.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2010

Unit Kurikulum S.K.Batang Melaka telah mengadakan Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah . Ia telah djalankan pada 01 Mac 2010 yang lalu. Majlis ini dilangsungkan semasa perhimpunan mingguan sekolah.
Menurut Guru Perpustakaan dan Media sekolah, Puan Hilmiza Mansor, “ Program ini bertujuan untuk meningkatkan minat membaca. Khasnya dikalangan murid sekolah ini. Kita juga berusaha mengenalpasti serta melahirkan tokoh di kalangan murid yang banyak membaca, berketrampilan dan mempunyai sifat kepimpinan.” Program ini juga mampu untuk menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti dan menjadikan amalan membaca sebagai sebahagian gaya hidup.
Sesuai dengan makna NILAM itu sendiri iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca, menjadikan matlamat program sebagai amalan atau gaya membaca sebagai budaya hidup sepanjang masa. “Dengan membaca seseorang itu pasti akan menempa kejayaan dalam semua bidang” kata Tn Hj Minhat bin Azam, Guru Besar. Beliau juga perasmi dan turut menyampai fail data Nilam kepada semua guru kelas yang terlibat.